Manusia, dia.

Aku sebenarnya pemilih. Ya, pemilih.
Bab kawan, aku lemah. Mod pemilih aku mula hilang keyakinan. Aku rambang.

Ya, rambang.

"Ah, biasalah. Remaja."
Bait kata orang tua-tua. Mudah sangat bagi mereka berkata. Mungkin mereka tidak pernah tinggal di abad kita. Ya, memang.

Aku ada ramai kawan,
Baik, jahat, talam dua muka, empat muka, bermuka-muka,
banyak sangat.

Niat aku ingin memilih kawan, tapi masalahnya bagaimana?
Aku tak cukup keyakinan. Pantang memilih, mereka melenting. Bila tidak, mereka tepis aku.

Gila. Ya. Mereka gila. Sangat.

Mak kata jangan mengharap pada kawan. Ya betul, lah.
Bagi mereka memang betul, niat mereka betul.

Aku buta, melihat kawan-kawan yang sama. Padahal berbeza. Sangat berbeza.
Sekejap, ah ya... aku lupa, mereka pantang melihat aku membanding beza mereka.
Mereka sensitif.

Habis, aku?

Mak kata, orang zaman sekarang kuat pentingkan diri sendiri.
Itu sahaja yang aku percaya. Pentingkan diri.

Kadangkala aku kelu, aku buta, aku tuli. Aku sanggup menjadi wadah tawa bagi mereka, secara tidak sedar.
Aku bodoh. Bodoh. Namun aku tidak mampu mengawal. Ya, remaja. Biasalah.

Aku berniat untuk sukarela, mereka panggil aku hamba. Hamba. Itu beza.
Bagi mereka, konsepnya sama. Hamba, sukarela. Baik jadi hamba.
Aku relakan diri dikutuk, dijadikan bahan sarkasmik.

"Oh Khabir, budak kacak itu?"
"Khabir, si jejaka gagah itu?"
"Pemuda Khabir itukah yang disukai ramai?"
Mereka tertawa.

Tidak lawak, bodoh.
Aku sudah muak dengan klise hidup diri sendiri. Muak dengan aku, dengan kamu.
Aku muak. Ya, muak.
Siapa sangka, budak "Khabir yang hati lembut itu" boleh berkata begini?
Ya, aku boleh.

Pendamkan rasamu selama 12 tahun.
12 tahun dikutuk,
12 tahun ditawa,
12 tahun dibahan,
12 tahun diperli,
apa lagi?

Aku tahu aku tidak rasional untuk menulis sepanjang ini. Tapi, kisah apa?
Bukannya kamu mahu membaca ini, jadi pergilah. Aku tak menyesal.

Pergi.

Sebelum aku berubah hati.

2 comments:

  1. Penulisan anda/awak/kau eh? sungguh menarik. Hahaha. bila nak post entry baru lagi? btw, I totally like it.

    ReplyDelete
  2. Salam. Terima kasih atas komentar yang diberikan oleh saudari. And I'm deeply sorry for the late reply. :-)

    ReplyDelete

Who's there?