Jual Ikan

Siapa peduli,
kalau aku diperli, dibahan depan-depan.
Sampai teresak-esak.

Siapa peduli,
aku difitnah, dijadikan bahan lepas geram.
Sampai maruah jatuh separuh.

Siapa peduli,
aku tersisih, seorang.
"Dia mahu bersendirian, mungkin", kata orang.

Siapa peduli,
aku menangis dek orang.
Orang gelakkan aku hati tak kental.

Ya lah, aku tahu siapa yang peduli.

Keluarga.

Hah, sampai bila pun mereka peduli.
Lebih baik aku tak payah buat kawan, mereka tak peduli.

Siapa peduli,
bila kawan menangis, kekasih dipujuk.
Kekasih merajuk, mungkin. Mungkin.

Ya,









Siapa peduli.

No comments:

Post a Comment

Who's there?