Sempat

pernah sekali,
aku terfikir untuk buat baik,
buat baik, dengan niat yang baik,
aku rasa yakin, aku boleh jadi baik,

pernah sekali,
orang tegur aku,
"baru sekarang kau nak buat baik?",
"baru sekarang kau nak mengaku?",
"baru sekarang kau nak buka buku?".

inilah,
inilah orang kita,
nak tuduh melulu,
kata sampai mengata.

jujur, aku sempat buat baik,
ikhlas itu hanya Tuhan yang tahu,
dan cebisan omongan,
cebisan cacian,
cebisan lolongan, aku pijak,
pijak kerana tak suka,
pijak kerana aku geli,
pijak kerana tak dapat aku erti.

jujur, aku masih sempat,
yang mengata dan mengumpat,
menilai merata tempat,
hanyalah orang yang dungu,
meletakkan otak di lutut,
meletakkan lutut di masa dahulu.

patutlah "baru sekarang",
orang buruk kau pandang,
orang baik kau terajang.
ambillah kertas,
tulis dan lekat di muka mu,
'aku sahaja yang sempat',
'tidak boleh orang lain dapat'.

No comments:

Post a Comment

Who's there?