Pusing ke masa lalu

Aku tak suka budak. Jujur.
Ramai yang bising,"Nanti dah kahwin kau dapat anak jugak.", "Dulu masa kau kecik dulu kau budak jugak kan?".
Sekali lagi, jujur, aku dah semak dengan ayat itu. Seriously kalau kau kata kau mabuk darah, masa kau lahir kau ingat kau keluar kering begitu? Tolong. Lah.

Semalam aku teman kakak aku ke wedding kawannya. Pendek kata hari tu nak hujan.
Kami redah saja. Aku lapar.
Bila kami sampai, pentas langit mula menangis. Aku cepat-cepat melangkah ke rumah pengantin, sambil kami menyapa tuan rumah. Aku pernah sekali ke sini, tapi lupa. Lama sangat. Aku lapar.

Kami terus mengambil juadah, mencari meja nak makan. Clichenya orang kita, bila dah makan terus borak. Wah, memang orang lain takkan datang ke meja tu.

Kami terus menjamu selera, waktu tu hari dah hujan. Lebat.
Di meja itu kami bersama sepasang suami isteri, seorang nenek dan 3 orang cucunya. 2 perempuan.
Sambil makan, tiba-tiba air nak pasang ke kaki. Nasib sangat 'baik' kerana meja kami di tepi khemah. Air mula bertukar menjadi anak sungai.

Aku baru nak mula cerita.

Sambil makan, hujan makin lebat. Budak-budak tu teriak seronok hujan turun. Aku tak kisah, aku sambung makan. Tapi ini yang buat aku angin.

"Yeay hujan! Hujan yeay LOL LOL LOL LOL."

Tangan ketiga aku macam nak tumbuh waktu tu, tampar budak tu laju-laju. "Yalah, budak saja kot. Apa yang dia tahu?".

Aku tak fikir benda tu, dia ulang ayat tu sebanyak mungkin. Adik-adik mereka? Ikut sekali, mungkin ayat itu style mungkin.

"LOL tu apa kak?"
"LOL tu, ergh, Lough. Out. Loud", jawab sambil mengerlingkan mata macam budak orang putih gedik.

Aku tak senang duduk, aku terus alihkan pandangan aku ke sebelah kiri. Ada anjing, comel. Tengah tidur.

Habis.

Jadi orang tanya, "Kenapa kau sangat tak suka budak? Anak saudara kau tu, bukan budak?".
Jadi, ini jawapan aku, baca betul-betul. Jangan tanya aku lagi.

Aku tak suka memori masa kecil aku. Hitam. Pahit.
Kena buli, kena kutuk, kena pulau. Biasa.
Pergi surau, balik surau aku dah menangis? "Kenapa nangis ni?", "Ada abang tu buli mak."
Aku dulu lembut, sekarang pun ada mungkin. Cuma kena korek.
Itulah punca. Puncha.

Sebab itu kalau aku tengok budak-budak buat perangai serupa aku dulu, and orang sekitarnya tak kisah.

Aku kisah. Sangat kisah.

Dipendekkan, aku jawab,

Aku taknak orang membesar, jadi aku. Kerana nak mencari titik pusingan, sangat susah.
Aku ulang, sangat sangat susah. Titik.

No comments:

Post a Comment

Who's there?