P.A.T and such




Bukak blog, update pasal exam. Haa sangat tak surprise kan?

Btw those PMR students at my school have ended their exam happily, siap boleh balik awal lagi. Untunglah dik. Tahun depan harapan lah kau nak rasa kegembiraan exam. Dude, exam mana je yang buat kita happy gila nak ambik? Semua bikin nervous. Tambah lagi bila masuk silibus SPM, naya naya.

I took my first paper on October 1st. BM 1 and BM 2. Overall bolehlah jawab, just nervous sebab takut cikgu strict marking. Dah lah P.A.T, mohon dapat A+ eh cikgu? Amin! First day je dah lenguh jari tangan sebab 2-3 page menjawab.

Masuk hari kedua, jawab paper BI 1  and BI 2. Pun dapat jawab sebab tak banyak benda nak kena baca, setakat literature component je nak kena cover. Relax lah sikit nak jawab daripada paper BM semalam. Pun harapan nak A tu tinggi jugak.

Third day? SEJARAH yaaawwz! Paper 1 and 2 pulak tu! Gentle serabut sebab benda banyak nak kena cover. Tapi sebab dah spot sikit *sikit ye?* bolehlah jawab. Ironically, prep malam tak ramai pun study Sejarah, tapi sibuk study Addmaths, Physics and whatsoever. Honestly memang gabrah sebab tengok yang top scorers pun study, ini pulak aku yang tak berapa nak score pun boleh relax. Padahal gelabah tahap Mahabharata dewa dah.

On the fourth day, I took SEJARAH 3,  PJK and PSK. Time Sejarah 3 tu memang ribut tangan nak jawab, selamat exam tu open-book test. Tapi lenguhlah tangan sebab 4-5 kertas depan belakang menjawab. Weee PSK and PJK pun boleh go. Just paper PSK tu dah boleh jadi paper Sejarah dah, sibuk dengan soalan Perlembagaan and so on. Der, gentle aku tak baca buku teks, so I turn my pencil to a gun. Sedap je menembak. (Y) PJK pulak boleh
jawab tapi what I heard from teacher recently was I got C for my PJK.
Reaction aku dah tak boleh blah dah masa tu, dengan cikgu PJK yang strictnya. "Saya tahu bawah A je lari padang 3 round."
Aku tak ingat berapa round pun sebenarnya tapi that's the thing. Dahlah cikgu aku ex student Sekolah Sukan Bandar Penawar yaw! Pemain hoki Malaysia pulak tu! *kembang sikit hidung* 

Aku malas nak fikir lama-lama sebab ada paper lain.
The next week tu aku ambik paper yang paling hawau dalam semua subjek. Takdelah hawau, tapi memang taboo lah kiranya. Semua orang sibuk study, including aku. Even apa yang aku study pun tak masuk tapi cuba lah jugak en. Dengan harapan tak keluar airmata waktu jawab paper tu esok. Amenda?
ADDMATHS weh. Seriau aku jawab paper dia, first paper je dah gemuruh tangan aku. For the first 4 questions boleh lah jawab. Until next questions, aku dah mula sangkut. Bab circular measure tu aku dah lupa. Padahal baru jawab soalan tu malam sebelum tu. Fikir punya fikir, tiba-tiba aku sedar masa dah habis, muka aku macam baru bangun tidur and kertas dah tak ada. Masa tu aku dah hilang arah gila dah. Howcome aku boleh tidur waktu paper Addmaths?! Fiza kata waktu cikgu kutip kertas aku dia tengok banyak soalan kosong, tak jawab lagi. Malam tu terus aku kena bahan sebab tidur waktu paper Addmaths. Gempak katanya, puih.

Adam kata aku pitam bila jawab sebab aku tak sedar aku tidur. And yes, aku tak sedar pun masa tu sebab aku tengah sibuk ingat formula. Dia relaxkan aku sebab masa tu tengah tense gila kot, dengan budak-budak bahan aku. Yeah, dah gempak en, tak payah study Physics. Habiskan masa prep nganjing aku. Like wut.
Next day aku jawab paper PHYSICS. 3 paper straight hari tu so gap rehat memang tak panjang. Alhamdulillah Physics tak susah sangat nak dibandingkan dengan paper Addmaths semalam. First time aku rasa relax bila jawab paper tu sebab cikgu banyak bagi tips, cuma aku risau cara aku jawab tak betul plus ada yang salah. Benda bila dah relax sangat boleh bawak bahaya sebab kau tak  rasa pressure nak fikir jawapan. Just mengharapkan yang terbaik untuk paper tu.

Malam tu satu batch study agama, dengan aku yang lari kelas ke kelas sebab nak cari spot. Maklumlah silibus tak habis, lepas tu spot yang cikgu bagi pulak memang 'membantu'. Instead of kata apa yang masuk, dia bagi apa yang tak masuk.
"Pelajaran 2 je yang tak masuk. Yang lain tu awak bacalah sendiri ye."

Reaction GIF: facepalm, Lilo & Stitch

Jadi terpaksa lah aku stay-up sampai 3 pagi semata-mata nak study. -.-* 
Nasib baik Afkar dapat spot dari sekolah lain. Detail pulak tu, yayers. 

So esok nya waktu paper PENDIDIKAN ISLAM dapat lah aku jawab dengan selesa, eventhough mata dah kuyu masa jawab. Mengharapkan Nescafe Latte yang aku beli dekat gedegang pagi tu, bolehlah tahan sat. Pagi tu jugak aku rush jumpa semua orang nak bagi spot. Tapi tak ramai yang aku jumpa pun. 

Petang tu semua kiok kat asrama. Aku jugak yang kena laung panggil budak form 1 and form 2 suruh gotong royong asrama. Suruh cuci tandas and bersihkan pantri. Alhamdulillah berjalan lancar. Lepas tu semua kiok, dengan aku-aku sekali. Malam tu prep kemas kelas. Esok tu terus balik. :D

Habis cuti ni terus balik sekolah hari Selasa. Eventhough tak ada exam minggu depan tapi cikgu nak buat kelas tambahan and such. Chemistry, Maths and Biology. Habis exam je aku nak tidur awal.  Azab kot nak stay up. Bukannya study pun hahahaha. So well, how's your exam time going on? I wish all the best to you guys who read this and hopefully you would wish me too. Mintak-mintak dapat kelas streaming untuk tahun depan. That's all for now,  see you soon. Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment

Who's there?