Another Pal Meets The One

Aku bangun daripada tidur petang aku. 20 September, 6:30 petang. Aku rasa tak sedap badan bila tidur lepas Asar, tapi ikutkan badan yang penat sangat aku terus tidur. Aku melangkah ke luar bilik tidur dan menuju ke bilik mandi untuk segarkan badan aku yang lesu. Alang-alang mandi, biarlah basah  baik aku ambil wuduk sekali memandangkan masa tu dah nak Maghrib.

Seperti biasa aku akan ke masjid apabila azan Maghrib berkumandang. Dengan muka yang mengantuk, aku pergi kolah masjid untuk mencuci muka sekali lagi, mungkin air dekat rumah tak cukup sejuk. Sambil-sambil aku cuci muka, aku dengar dua orang pakcik ni berborak-borak pasal accident petang tadi, aku pun cuba pasang telinga.

"Yop, aku dengar ada accident dekat depan sekolah rendah petang tadi, ate betulke?"

"Iyeke? Siapa? Budak ke orang tua?"

"Aku dengar budak, nak ambik PMR. Mati kat situ jugak."

"Innalillah..."

Aku yang dengar pulak yang meremang. Mungkin budak sekolah lain, sangka aku. Cepat-cepat aku masuk dewan solat apabila aku dengar iqamah.

Lepas solat Maghrib, aku duduk luar sebab dewan agak sejuk. Masa duduk di luar, aku terserempak dengan Haidir, aku terus terpa dia. Aku tanya dia:

"Aku dengar ada accident kat depan SKTAM (Sekolah Kebangsaan Taman Alam Megah) petang tadi, ada pakcik-pakcik borak. Betulke?"

"Hm, sabar je lah Khabir. Naim dah tak ada. Dia dah pergi petang tadi, 6:15 petang."

Aku terpaksa tunggu 10 saat nak fahamkan ayat Haidir. Aku tanya dia kalau Naim yang dia cakap tu rakan sebaya aku. Dia mengangguk, aku terus tersentak. Dia cerita semua macamana dia meninggal:

"Aku dengar dia bawak laju, masa nak elak bonggol dia terlanggar _________ lepas tu __________ kena dekat ___________. Kat situ jugak dia meninggal"

*aku blankkan dialog tu untuk cover aib arwah. Harap maklum.

Aku terus mengaduh, bukannya aku boleh tahan dengar cerita berdarah macam ni. Harap BSMM, tapi mabuk darah. Lepas borak dengan Haidir, aku terus berkejar ke rumah, dalam hati nak buka Facebook dengan Twitter untuk dapatkan pengesahan. Bila aku buka, memang betul, kawan aku dah tak ada. Aku cuba tahan air mata aku sebab mak aku ada dekat sebelah.

Lepas Isyak, aku buka buku Yaasiin, buat tahlil sorang-sorang. Memang luluh hati aku bila dengar cerita kawan aku dah tak ada.


Im, aku ingat lagi masa kita mula-mula kenal dekat Masjid, bulan puasa. Masa tu kita sama-sama nak ambil UPSR. Kau mintak aku ajar kau doa penerang hati untuk tenangkan hati kau. Lepas perjumpaan tu, aku tak jumpa kau sampai aku masuk satu kelas dengan kau masa tingkatan 1. Tapi tak lama, lepas tu kau terus pindah kelas lain. Sampai sekarang.

Walaupun aku tak kenal kau sangat, tapi aku cukup faham yang engkau tak macam budak-budak lain. Kau tak memberontak, kau tak melawan cakap cikgu. Aku tahu, sebab aku tak pernah nampak kau mengecoh keluar masuk kelas, kau buat hal kau sendiri.

Tapi sekarang kau dah tak ada, macam tu je kau pergi. Hari Jumaat tu satu sekolah senyap, mungkin sedih sebab kau tak ada. Ramai tak datang sebab nak ziarah kau. Aku datang ke kubur dengan Burhan petang tu, sekadar mampu memberi penghormatan terakhir. Walaupun aku masih terkilan dengan kejadian semalam.

Al-Fatihah.
Aliff Naim bin Zamary
(27.05.1997  -  20.09.2012)

*Gadis-gadis di dalam gambar tersebut merupakan sepupu arwah. Harap maklum.

1 comment:

  1. hmmm :'( kte spupu die kte rse kehilangan die sngt2..klau ade kenduri kt umah die mesti smua x apy tanpa die lgi2 kak mya mesti nangis..hmm kte asyik teringt die je

    ReplyDelete

Who's there?